Bulan
Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman.
Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok
buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.Maka nama bulan ini
diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan
Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah
sekarang. Bulan ketiga dalam kalendar Hijrah ini membawa satu peristiwa
besar yang menjadi ingatan kepada seluruh umat manusia. Perayaan Maulid
Nabi pertama kali diperkenalkan oleh Abu Said al-Qakburi,
seorang gubernur Irbil, di Irak pada masa pemerintahan Sultan Salahuddin
Al-Ayyubi (1138-1193).
Ada
yang berpendapat bahwa pendapat itu sendiri berasal dari Sultan
Salahuddin sendiri. Tujuannya adalah untuk membangkitkan kecintaan
kepada Nabi Muhammad SAW, serta meningkatkan semangat juang kaum
muslimin saat itu, yang sedang terlibat dalam Perang Salib melawan
pasukan Kristen Eropa dalam upaya memperebutkan kota Yerusalem.
Nabi
junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam telah
diputerakan pada bulan ini iaitu pada 12 Rabiulawal, yang pada tahun ini
jatuh pada 21hb April, 2005. Berbagai acara sambutan diadakan bagi
memuliakan hari keputeraan junjungan kita ini.
Bulan
Rabiulawal adalah seperti bulan-bulan Islam yang lain maka amalan sunat
di bulan Rabiulawal adalah sama seperti amalan sunat di bulan-bulan
yang lain. Kita dianjurkan untuk meningkatkan amalan-amalan fardu dan
sunat tanpa mengira di bulan manapun di sepanjang tahun. Amalan-amalan
kita itu akan menjadi bekalan untuk kita meneruskan perjalanan ke padang
mahsyar kelak.
Selain
dari itu, kualiti ibadah juga adalah diambil kira. Niat dan keikhlasan
mempunyai pengaruh yang amat besar dalam menentukan nilai ibadah kita.
Diantara syarat sesuatu ibadah itu diterima ialah niat. Niat itu akan
menggambarkan keikhlasan kita. Kerja yang ikhlas akan membawa kepada
kesempurnaan dan kesempurnaan akan membawa kepada kepuasan dan kepuasan
akan membawa kepada ketenangan..
Selawat
ke atas Nabi Muhammad S.A.W merupakan suatu amalan yang disyariatkan
oleh Islam.Firman Allah (s.w.t) yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan
malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang
beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan
kepadanya”. [Surah Al-Ahzab: 56]
Manakala
di dalam hadith-hadith Rasulullah (S.A.W.), terdapat banyak arahan dan
kelebihan-kelebihan yang dinyatakan berkenaan dengan selawat ke atas
baginda (S.A.W.), antaranya, Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud:
“Barangsesiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya
Allah (s.w.t) akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat
Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a].
Sabda
Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Sesungguhnya manusia yang paling
utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke
atasku”. [Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud r.a].
Apabila
kita menyambut Maulidur Rasul, banyak kelebihan-kelebihan yang
diperolehi. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang
bermaksud: "Barangsiapa yang membesarkan hari keputeraanku nescaya aku
akan menjadi penolongnya pada hari kiamat dan barangsiapa membelanjakan
untuk majlisku seumpama ia membelanjakan emas sebanyak sebuah gunung
untuk agama Allah."
Sayyidina
Abu Bakar As-Siddiq Radiallahuanhu berkata: "Barangsiapa membesarkan
Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, maka sesungguhnya ia akan
menjadi temanku di dalam syurga."
Begitu
pula As-Sirri As Saqati berkata: "Barangsiapa pergi ke tempat yang ada
dibaca di situ Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sesungguhnya dia
diberi satu kebun daripada kebun-kebun syurga kerana dia pergi ke tempat
itu tidak lain kerana cinta kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam." Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati
oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau
orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.
Jalalaludin
As-Sayuti berkata: "Barangsiapa antara orang Islam yang dibacakan di
dalam rumahnya Maulid Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, nescaya Allah
Subhanahu Wataala akan menghilangkan dan menjauhkan kemarau dan
kecelakaan, bala, penderitaan, kebencian, hasad, kejahatan dan kecurian
terhadap ahli-ahli rumah itu dan apabila dia mati, Allah Subhanahu
Wataala akan memudahkan dia menjawab akan soalan-soalan Mungkar dan
Nakir dan dia akan mendapat tempat bersama orang-orang yang benar di
sisi Tuhan yang Maha Kuasa lagi Maha Besar Kerajaan-Nya."
Beliau
berkata lagi: "Tiada sebuah rumah atau masjid atau tempat-tempat yang
dibaca di dalamnya akan Maulid Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam melainkan
malaikat-malaikat melindungi ahli-ahli tempat itu dan Allah Subhanahu
Wataala akan melimpahkan rahmat-Nya kepada mereka dan malaikat-malaikat
yang berpangkat besar seperti Jibril, Mikail, Israfil mendoakan kebaikan
bagi orang-orang yang menganjurkan dan menyebabkan adanya majlis Maulid
Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam itu."
Kedudukan
selawat ke atas nabi (S.A.W.) ini merupakan perkara yang diwajibkan
menurut sebilangan besar ulama’. Malahan dinukilkan bahawa Al-Imam
Al-Qurthubi menyatakannya sebagai ijma’ ulama’. Apa yang diperselisihkan
oleh ulama’ ialah adakah selawat itu wajib pada setiap kali majlis dan
disebut nama Nabi Muhammad (S.A.W.) atau adakah ianya sunat (bagi yang
bersepakat menyatakan ianya wajib seumur hidup). Dalam hal ini,
sebahagian ulama’ menyatakan ianya wajib setiap kali disebut nama
Rasulullah (S.A.W.), dan sebahagian yang lain menyatakan wajib sekali di
sepanjang majlis meskipun dalam majlis tersebut kerap kali disebut nama
Rasulullah (S.A.W.) dan sebahagian yang lain menyatakan wajib
memperbanyakkan selawat tanpa terikat dengan bilangan dan tidak memadai
sekali seumur hidup.
Menurut
jumhur ulama dalam masalah ini, selawat ke atas nabi (S.A.W.) merupakan
ibadat dan jalan mendekatkan diri kepada Allah (s.w.t). Seperti juga
zikir, tasbih dan tahmid. Ia diwajibkan sekali seumur hidup dan
disunatkan pada setiap waktu dan ketika. Sepatutnya juga ke atas setiap
muslim memperbanyakkannya. Berkait juga dengan soalan yang dikemukakan,
iaitu tentang hukum selawat dalam sembahyang. Perkara ini berlaku khilaf
di kalangan ulama’.
Menurut
pandangan Mazhab Syafei dan Hambali, selawat diwajibkan dalam
sembahyang dan tidak sah sembahyang tanpa selawat. Manakala dalam Mazhab
Maliki dan Hanafi, selawat merupakan perkara yang sunat muakkad dan sah
sembahyang tanpanya tetapi dalam keadaan yang makruh.
Kelebihan
berselawat yang lain lagi ialah sebagaimana hadis Baginda Sallallahu
Alaihi Wassalam seterusnya, daripada Umar bin Al-Khattab, ia berkata :
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda maksudnya, "Sesungguhnya
doa itu terhenti antara langit dan bumi, tidak naik barang sedikit juga
daripadanya sehingga engkau berselawat ke atas-Ku". (Riwayat Al-Imam
At-Termidzi)
Dengan
memperbanyakkan selawat juga kita akan dapat mendekatkan diri kepada
Allah Subhanahu Wata'ala, menghilangkan kesusahan dan kegelisahan,
meluaskan rezeki, dikabulkan segala keperluannya dan insya Allah akan
memperolehi syafaat di akhirat kelak. Semua ini akan dapat dicapai jika
kita sentiasa mengamalkannya dengan penuh yakin dan istiqamah. Walau
bagaimanapun janganlah menganggap hanya dengan berselawat sahaja kita
akan memperolehi kelebihan-kelebihan yang telah disebutkan tadi
sedangkan amalan-amalan yang lebih utama seperti sembahyang, puasa,
membayar zakat dan lain-lain lagi diabaikan.
Kelebihan
lain yang kita dapat ialah merapatkan hubungan sesama insan, apabila
menyambut Maulidur Rasul, kita pasti akan berkumpul di tempat yang di
adakan majlis tersebut, semasa majlis berlangsung, kita dapat lihat
setiap orang bergotong royong melakukan sesuatu pekerjaan yang
ditetapkan samaada secara bersendirian atau berkumpulan, hal ini dapat
mengeratkan lagi hubungan sesama islam yang lain. Apabila kita berkumpul
di dalam satu majlis itu, sedikit sebanyak kita juga dapat
mendisiplinkan diri dan mematuhi arahan ketua, kelebihan ini juga,
membolehkan kita bersikap menghormati orang lain di samping dapat
memupuk semangat bekerjasama antara satu sama lain.
Kebiasaannya,
majlis Maulidur Rasul diadakan di masjid, surau, ataupun di
sekolah-sekolah. Dengan adanya majlis seperti ini, kita dapat
bekerjasama dan saling bantu membantu antara satu sama lain. Jurang yang
memisahkan seseorang sebelum ini dapat di eratkan dengan
melalukan aktiviti seharian yang berlainan seperti bekerja, dapat kita
perbaiki dengan menghadiri majlis sebergini. Memupuk semangat perpaduan
sesama muslim juga amat disukai oleh Allah s.w.t. Allah berfirman, “Berpeganglah kamu kepada tali Allah dan janganlah kamu bercerai berai” [Surah Al-Imran:103]
Sememangnya
bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira
amal soleh. Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala
terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati
hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi
pembalasan yang tiada ternilai.
Menyambut
Maulidur rasul bukanlah untuk menjadikannya salah satu perayaan ibadah
tapi hanya sekadar untuk mengingati dan mensyukuri akan kelahiran Nabi
kita yang menjadi pembimbing kita keluar dari kegelapan. Menurut Ibnu
al-Hajj, "Menjadi satu kewajiban bagi kita untuk membanyakkan kesyukuran
kita kepada Allah setiap hari Isnin bulan Rabi'ul Awwal kerana Dia
telah mengurniakan kepada kita nikmat yang besar iaitu diutusNya Nabi
(s.a.w) untuk menyampaikan Islam kepada kita dan menyebarkan islam.
Dengan
adanya sambutan Maulidur rasul maka kita akan dapat memperkenalkan
muslimin siapa itu Muhamaad dan secara tak langsung kita akan membuatkan
hati Muslimin tergerak untuk berselawat keatas Nabi (s.a.w) ,meniru
akhlak nabi dan meniru segala perbuatan baginda dan memuji baginda yang
merupakan satu perkara yang diperintahkan oleh Allah di dalam
ayat,"Sesungguhnya Allah dan para Malaikat berselawat keatas Nabi, wahai
orang-orang yang beriman ! berselawatlah kamu dan berilah salam
keatasnya".
Sambutan
ini dilakukan adalah semata untuk memperingati hari kelahiran baginda
dan ia secara tidak langsung akan membuka ruang bagi kita untuk
memperingati perkara-perkara lain yang berkaitan dengan baginda. Apabila
ini kita lakukan, Allah akan redha pada kita, kerana kita akan lebih
bersedia untuk mengetahui sirah baginda dan lebih bersedia untuk
mencontohi dan mengamalkan ahklak baginda dan memperbetulkan kesilapan
kita. Itulah sebabnya, kenapa sambutan hari lahir baginda merupakan satu
rahmat buat kita semua.Kerana baginda adalah ikutan kita dan ia
mempunyai akhlak yang mulia sepertimana Firman Allah didalam Al-Quran,
"Sesungguhnya engkau mempunyai ahklak yang mulia" (al-Qalam: 4).
Dan
bila kita melewati kembali sirah Nabi, antara cara Nabi mahu
meningkatkan semangat juang para sahabat yang lain ialah memuji-muji
diri baginda dan bercerita mengenai akhlak baginda dengan bersayembara
syair. Ini telah dinyatakan oleh Al-hafiz Ibnu Kathir didalam kitabnya
bahawa para Sahabat ada meriwayatkan bahawa Nabi (s.a.w) memuji nama
baginda dan membaca syair mengenai diri baginda semasa peperangan Hunayn
untuk membakar semangat para Sahabat dan menakutkan para musuh. Pada
hari itu baginda berkata,"Aku adalah Rasulullah! Ini bukanlah dusta. Aku
anak Abdul Mutalib.
Rasulullah
(s.a.w) sebenarnya amat bergembira dan menyenangi mereka yang memuji
baginda kerana ianya merupakan perintah Allah dan baginda memberi kepada
mereka apa yang Allah anugerahkan kepada baginda. Apabila kita
bersama-sama berkumpul untuk mendekati Nabi (s.a.w), kita sebenarnya
juga, melakukan sesuatu untuk mendekatkan diri kita kepada Allah justeru
kerana mendekati Nabi (s.a.w) akan membuatkan Allah redha kepada kita.
Terdapat juga hadith riwayat Bukhari didalam al-Adab al-mufrad (bukan
semua hadis didalam ini adalah sahih) dan kitab-kitab lain, Rasulullah
(s.a.w) bersabda,"Terdapat hikmah di dalam syair"; dan kerana itu bapa
saudara Nabi (s.a.w) Al-'Abbas mengarang syair memuji kelahiran Nabi
(s.a.w) seperti didalam rangkap berikut:
“Dikala
dikau dilahirkan , bumi bersinar terang Hinggakan nyaris-nyaris
pasak-pasak bumi tidak mampu untuk menanggung cahaya mu, Dan kami dapat
terus melangkah Lantaran kerana sinar dan cahaya dan jalan yang
terpimpin.”
Dalam
bulan Rabiul Awal ini juga umat Islam dapat mengingati kisah-kisah para
rasul dan nabi. Kisah- kisah ini dapat memberi pengajaran dan tauladan
kepada kita semua. Pada bulan ini lah berlakunya beberapa peperangan.
Antara peperangan yang berlaku di bulan Rabiul Awal ialah peperangan
Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir,
Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.
Setelah
hijrahnya Rasulullah dari Makkah ke Madinah bersama-sama para
sahabatnya dan diterima baik oleh orang-orang anshar, Islam telah
berkembang, tersebar luas dan diterima oleh banyak kabilah-kabilah arab. Kekuatan dan ekonomi Madinah telah menjadi kukuh. Orang-orang
arab Quraisy Makkah tidak senang hati dengan kemajuan ini. Perang Badar
merupakan perang pertama yang dilalui oleh umat Islam di Madinah. Ia
merupakan isyarat betapa mulianya umat Islam yang berpegang teguh pada
tali agama Allah. Kemenangan besar kaum muslimin tidak
terletak pada jumlah tentera yang ikut serta tetapi terkandung dalam
kekuatan iman yang tertanam disanubari mereka. Dengan
Keyakinan mereka pada Allah yang sangat kukuh itu, Allah telah
menurunkan bantuan ibarat air yang mengalir menuju lembah yang curam. Tidak ada
sesiapa yang dapat menahan betapa besarnya pertolongan Allah terhadap
umat yang senantiasa menjalankan perintahnya dan menjauhi larangannya.
Dikisahkan,
Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam terlebih dahulu sampai di sumber
mata air Badar dan memutuskan untuk berhenti di tempat itu. Dan itu
merupakan sebahagian dari strategi agar pasukan kaum muslimin dekat
dengan sumber air. Melihat hal itu, Habab ibn Mundzir berkomentar,
“Wahai Rasulullah! Mengapa engkau memilih tempat ini sebagai
pemberhentian kita? Apakah tempat ini memang telah ditentukan Allah
kepadamu dan kita tidak dapat memajukan atau mengundurkannya sedikitpun,
ataukah ini adalah bagian dari pendapat, strategi, dan siasat perang?”
Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam menjawab, “Ini hanyalah sekedar
pendapat, stategi, dan taktik perang.”
Maka
Habab berkata, “Wahai Rasulullah, jika demikian halnya, aku juga ingin
mengemukakan pendapatku. Menurutku, tempat ini tidak tepat untuk kita
berhenti. Sebaiknya kita terus berjalan hingga sampai di mata air yang
paling dekat dengan perkemahan bangsa Quraisy. Setelah itu, kita duduki
tempat tersebut dan kita hancurkan seluruh sumur yang ada di seberangnya
dan menjadikannya kolam penampungan air. Lalu, kita penuhi kolam itu
dengan air dan kita baru menyerang mereka. Dengan begitu, niscaya kita
akan dapat minum air itu sedang mereka sama sekali tidak bisa
meminumnya.”
Pada
saat itu, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam berkata, “Pendapatmu
sangat bagus!” Kemudian, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam pun
menjalankan taktik yang ditawarkan oleh Habab ibn Mundzir radhiallahu
‘anhu. Petunjuk yang diberikan oleh Habab ini diriwayatkan oleh Ibnu
Ishaq dengan riwayat munqathi’ -Ibnu Hisyam (2/312-313), atau dengan
riwayat mursal dan terhenti pada Urwah sebagaimana yang tertulis dalam
al-Ishabah (1/302), Hakim (3/446-447). Riwayat tersebut dinilai sebagai
hadis munkar oleh Dzahabi dan Umawi sebagaimana yang diungkapkan oleh
Ibnu Katsir di dalam al-Bidayah wa an-Nihayah (3/293) dengan silsilah
periwayatan yang munqathi’ (terputus).
Ketika
mereka telah berhasil menduduki tempat yang dimaksud, Sa’ad ibn Muadz
berkata kepada Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam, “Wahai Nabi Allah!
Tidakkah kami perlu membangun kemah khusus untuk tempat istirahatmu,
menyiapkan hewan kendaraanmu dan kemudian kita baru menyerang musuh
kita? Sungguh, seandainya Allah memberikan kemenangan dan kejayaan
kepada kita atas musuh-musuh kami, maka itulah yang kami inginkan.
Namun, bila kenyataan yang terjadi adalah sebaliknya, maka engkau sudah
siap untuk menyelamatkan diri dan menemui kaum kita. Wahai Rasulullah,
sesungguhnya ada beberapa kaum yang menantimu di tanah air kita dan
kecintaan mereka terhadapmu lebih besar dari kami. Sehingga, bila mereka
mendengar bahwa engkau berperang, niscaya mereka pun tidak akan tinggal
diam. Allah pasti akan melindungimu dengan mereka. Sebab mereka pasti
akan memberimu pertimbangan dan senantiasa berjuang di belakangmu.”
Maka, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam pun menyepakati usulan Sa’ad
tersebut.
Meskipun
demikian, perlu digaris bawahi bahwa saat terjadinya perang Badar
tersebut, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam ikut berperang aktif dan
terlibat langsung dalam pertempuran. Jadi, beliau tidak hanya berada di
dalam kemah dan berdoa saja sebagaimana dipahami oleh sebagian ahli
sejarah.
Ahmad
menuturkan: Ali radhiallahu ‘anhu menceritakan, “Kalian tentu telah
menyaksikan bagaimana kami pada saat pecahnya perang Badar. Saat itu,
kami berlindung di belakang Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam,
sedang beliau terus membawa kami mendekati musuh. Dan beliau adalah
orang yang paling berani ketika itu.”
Dengan
isnad yang sama, sebuah hadis lain menuturkan, “Ketika keberanian mulai
memuncak pada saat perang Badar, kami terus bergerak bersama-sama
Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam Bahkan, beliau adalah orang yang
paling berani. Terbukti, tidak ada satu pun kaum muslimin yang paling
dekat dengan musuh selain beliau.”
Muslim
meriwayatkan: Pada perang Badar, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam
berkata kepada para sahabatnya, “Jangan ada seorang pun di antara kalian
bergerak sebelum aku memberi komando.”
Ibnu
Katsir berkata, “Beliau terjun dan terlibat langsung dalam pertempuran
itu dengan segenap jiwa dan raga. Demikian halnya dengan Abu Bakar
ash-Shiddiq. Sehingga, keduanya tidak hanya berjuang dengan berdoa dan
bermunajat kepada Allah di dalam kemah saja, tetapi juga turun ke medan
pertempuran dan bertempur dengan mengerahkan segala daya dan upaya.”
Demikianlah,
setelah pada siang harinya mengerahkan segala kemampuan dan daya upaya
yang mungkin dapat dilakukan untuk memenangkan pertempuran, pada malam
harinya beliau menghabiskan waktunya untuk terus berdoa dan memohon
kepada Allah untuk memberikan kemenangan terhadap pihak tentara Islam.
Adapun
salah satu doa beliau saat itu adalah seperti yang diriwayatkan dalam
Shahih Muslim berikut: “Ya Allah, sempurnakanlah kepadaku segala apa
yang telah Engkau janjikan kepadaku. Ya Allah, berikanlah apa-apa yang
telah Engkau janjikan kepadaku. Ya Allah, jika Engkau membinasakan
pasukan Islam, tentulah Engkau tidak akan lagi disembah di muka bumi
ini.”
Sebuah
riwayat mengatakan: Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam terus berdoa
sampai kain serbannya terjatuh dari kedua pundak beliau. Kemudian, Abu
Bakar datang menghampiri beliau, mengambil serban beliau yang terjatuh
dan kemudian memakaikannya kembali ke pundak beliau. Setelah itu, ia pun
melakukan apa yang dilakukan oleh Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam
di belakangnya. Setelah itu, Abu bakar berkata, “Wahai Nabi Allah,
tidakkah sudah cukup permohonanmu kepada Allah Subhanahu wa ta’ala,
kerana sesungguhnya Allah pasti akan memenuhi seluruh janji-Nya
kepadamu?”
Maka
Allah berfirman,“(lngatlah), ketika kamu memohon pertolongan kepada
Tuhanmu, lalu diperkenankan-Nya bagimu, ‘Sesungguhnya Aku akan
mendatangkan bala bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang
bertutut-turut’.” (QS. Al-Anfal: 9) Dan benar, esok harinya, Allah
mengirimkan bala bantuan kepada mereka berupa pasukan tentara malaikat.”
Adapun
doa Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam pada saat perang Badar yang
diriwayatkan oleh Bukhari adalah:”Ya Allah, hamba memohon kepada Engkau
akan janji dan perjanjian Engkau. Ya Allah, jika Engkau berkehendak
(membuat hamba kalah), Engkau tidak akan disembah setelah hari
(peperangan) ini.”
Riwayat
lain menceritakan: Lalu Abu Bakar memegang tangan Rasulullah Shalallahu
‘alaihi wasalam dan kemudian berkata, “Sudahlah Rasulullah, engkau
sudah meminta dan mendesak Tuhanmu tanpa henti!” Esok harinya,
Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam mempergunakan baju besi dan
kemudian keluar dari kemahnya seraya berkata, “Golongan itu (pasukan
Quraisy) pasti akan dikalahkan dan mereka akan mundur ke belakang.” (QS.
Al-Qamar: 45)
Ibnu
Hatim menceritakan: Ikrimah berkata, “Ketika diturunkannya ayat
‘golongan itu (pasukan Quraisy) pasti akan dikalahkan dan mereka akan
mundur ke belakang … ‘, Umar berkata alam hati, “Golongan manakah yang
akan dikalahkan itu?”
Umar
radhiallahu ‘anhu juga menceritakan: Ketika perang Badar dimulai, aku
melihat Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam mempergunakan baju besi
sambil berkata, Golongan itu (pasukan Quraisy) pasti akan dikalahkan dan
mereka akan mundur ke belakang.” Maka, aku segera mengetahui maksud
ucapan Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam tersebut.”
Pada
hari Jum’at pagi, tanggal 17 Ramadhan, tahun ke-2 hijriah, tepatnya
ketika kedua belah pihak (muslim dan Quraisy) sudah saling berhadapan
dan sedang mengambil ancang-ancang untuk saling menyerbu, Rasulullah
Shalallahu ‘alaihi wasalam berdoa kepada Allah seraya berkata: “Ya
Allah, itulah kaum Quraisy yang telah datang dengan sombong dan
congkaknya. Mereka memusuhi-Mu, menyalahi perintah-perintahMu, dan
mendustakan Rasul-Mu. Ya Allah, aku hanya meminta pertolongan yang telah
Engkau janjikan kepada hamba. Ya Allah, binasakanlah mereka pagi ini!”
Setiap
kali akan berangkat bertempur, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam
selalu terlebih dahulu merapatkan barisan pasukan kaum muslimin. Dia
melakukan inspeksi barisan seraya menggenggam sebuah anak panah. Saat
Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam sedang melakukan pemeriksaan
barisan, tiba-tiba beliau menekankan anak panah beliau ke perut Sawad
ibn Ghaziyyah. Pasalnya, waktu itu ia agak sedikit keluar dari barisan.
Beliau berkata kepadanya, “Sawad, luruskan barisanmu!” Sawad pun
menjawab, “Rasulullah, engkau telah menyakitiku, maka bolehkah aku
membalasmu?” Maka Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam membuka bagian
perut beliau seraya berkata, “Lakukanlah!” Akan tetapi, Sawad ternyata
tidak jadi membalas, tetapi justru memeluk Rasulullah Shalallahu ‘alaihi
wasalam dan mencium bagian perut beliau. Dengan heran, Rasulullah
Shalallahu ‘alaihi wasalam bertanya, “Apa yang membuatmu seperti ini,
Sawad?”
Sawad
menjawab, ”Wahai Rasulullah, seperti itulah yang aku inginkan.
Sesungguhnya aku telah berharap agar mati setelah bisa menyentuhkan
kulitku dengan kulitmu.” Lantas, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam
pun mendoakan Sawad dengan hal yang baik-baik. Setelah itu, Rasulullah
Shalallahu ‘alaihi wasalam memberikan berbagai arahan dan pengarahan
kepada pasukan muslim tentang berbagai hal yang berkaitan strategi dan
siasat mereka hari itu.
Beliau
berkata, “Apabila mereka mendekati kalian, maka serang mereka dengan
anak panah kalian dan jangan sampai didahului oleh mereka! Ingat, jangan
sampai kalian melupakan pedang kalian hingga kalian lengah dan dapat
dirobohkan.” Setelah berpesan demikian, beliau lantas mengobarkan
semangat pasukan muslimin dengan berkata, “Demi Allah yang jiwa Muhammad
berada di genggaman-Nya, setiap orang yang berperang melawan mereka
(pasukan Quraisy) pada hari ini, kemudian mati dalam keadaan tabah,
mengharapkan keredhaan Allah, maju terus pantang mundur, pasti akan
dimasukkan ke dalam surga. “
Di
dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim dikatakan bahwa ketika kaum
musyrikin telah mendekat, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam berkata,
“Bangkitlah kalian untuk menuju syurga yang luasnya seperti luas langit
dan bumi.” Mendengar ucapan Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam
tersebut, Umair ibn Humam al-Anshari berkata, “Wahai Rasulullah! Apakah
benar syurga memiliki luas seperti luas langit dan bumi?” Rasulullah
Shalallahu ‘alaihi wasalam menjawab, “Benar.” Dengan terkagum-kagum,
Umair berucap, “Oh, betapa besarnya syurga itu!” Lalu, Rasulullah
Shalallahu ‘alaihi wasalam bertanya kepada Umair, “Mengapa engkau
berkata demikian?” Umair menjawab, “Tidak, Rasulullah. Demi Allah, aku
hanya berharap menjadi bagian dari penghuninya.” Beliau berkata, “Engkau
akan menjadi salah satu penghuninya. “
Kemudian,
ia mengeluarkan beberapa butir kurma dan memakannya. Setelah itu, ia
berkata, “Seandainya aku masih hidup dan dapat memakan kurma-kurma ini,
maka itu adalah kehidupan yang sangat panjang.” Lalu ia melemparkan
kurma yang ada di genggamannya dan kemudian menjadi beringas bertempur
sampai akhirnya syahid.
Auf
ibn Harits (putra Afra) berkata, ”Wahai Rasulullah, apa yang membuat
Allah tersenyum saat melihat hamba-Nya?” Rasulullah Shalallahu ‘alaihi
wasalam menjawab, “Ketika tangan seorang hamba itu menceburkannya ke
tengah-tengah musuh tanpa mempergunakan pelindung.” Maka, seketika itu
juga Auf membuka pakaian besi yang melindunginya, dan kemudian
melemparkannya. Setelah itu, ia menghunus pedangnya dan bertempur di
medan perang sampai terbunuh.”
Sebelum
dimulainya peperangan, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam meminta
kepada para sahabatnya untuk tidak membunuh orang-orang dari Bani Hasyim
dan beberapa orang lainnya. Pasalnya, mereka ikut meninggalkan kota
Mekah dan berperang kerana dipaksa. Dan di antara mereka yang disebutkan
namanya oleh Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam adalah Abu Bukhtari
ibn Hisyam (salah satu orang yang pergi ke Ka’bah untuk merobek surat
pemboikotan bangsa Quraisy terhadap kaum muslimin dan ia sama sekali
tidak menyakiti Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam) dan Abbas ibn
Abdul Muthalib.
Ketika
Abu Hudzaifah mendengar perintah itu, ia berkata, “Apakah kami harus
membunuh bapak-bapak, anak-anak, saudara-saudara, dan keluarga kami,
sementara kami harus membiarkan Abbas hidup? Demi Allah, bila aku
bertemu dengannya, niscaya aku akan menebasnya dengan pedang.” Akhirnya,
ucapan tersebut sampai ke telinga Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam
Maka, beliau pun berkata kepada Umar, “Wahai Abu Hafshah, benarkah ia
akan memukul wajah paman Rasulullah dengan pedang?” Umar berkata, “Wahai
Rasulullah, izinkan saya untuk memenggal lehernya dengan pedang. Demi
Allah, ia telah berbuat kemunafikan.” Sementara itu, beberapa waktu
kemudian, Abu Hudzaifah berkata, “Aku merasa tidak tenteram dengan
kata-kataku saat itu. Bahkan sampai sekarang aku masih merasa takut,
kecuali bila aku sudah menebusnya dengan kesyahidan.” Maka, akhirnya Abu
Hudzaifah pun mati syahid pada perang Yamamah.
Dikisahkan
bahwa sebelum peperangan dimulai, Asad ibn Abdul Asad al-¬Makhzumi
keluar dari pasukan Quraisy seraya berkata, “Demi tuhan, aku
sungguh-sungguh akan meminum air kolam mereka, akan merusaknya (kolam
air), atau mati di hadapannya.” Maka, ketika ia sudah mendekat, Hamzah
pun merintanginya dan menyerangnya. Hamzah berhasil memukulnya hingga
kakinya retak. Akan tetapi, Asad masih terus merangkak menuju ke kolam
guna memenuhi sumpahnya dan Hamzah terus mengikutinya, memukul, dan
akhirnya membunuhnya di depan kolam tersebut.
Pengajaran dari peperangan ini menunjukkan bahwa kaum Quraisy tidak bersatu padu. Ini terbukti apabila ada beberapa pasukan yang menarik diri sebelum perang terjadi. Dengan ini sebagai orang Islam kita harus bersatu demi untuk mencapai kemenangan.
Kaum
Quraisy terlalu yakin yang mereka akan berjaya memusnahkan Islam yang
memang sedikit dari jumlah tetapi tidak dari semangat. Mereka
tidak dapat mengalah tentera Islam kerana semangat tentera Islam begitu
kukuh kerana Rasulullah telah berjaya menjalin silaturrahim yang kuat
sesama Islam. Nabi Muhammad S.A.W pintar mengendalikan taktik peperangan. Orang Islam mempunyai pegangan iaitu berjaya didunia atau mati syahid.