Anda Pengunjung ke

contoh dakwah : BEGITU MUDAHNYA WANITA UNTUK MASUK KE SYURGA

Wednesday, May 29, 2013 | comments (1)


 pada postingan kali ini,kami akan memberikan sebuah contoh dakwah yaitu BEGITU MUDAHNYA WANITA UNTUK MASUK KE SYURGA yang harapannya setelah kita membacanya,kita melakukan amalan amalan ahli surga..

Allah Subhanahu Wa Ta'ala mengutus 124 ribu Nabi dan Rasul, namun tidak ada satu orang pun dari kalangan wanita.
Tetapi tak ada seorang nabi pun terkecuali Adam 'alaihi ssallam yang lahir MELAINKAN dari rahim wanita.
Begitu mulianya seorang wanita sehingga dari rahimnya, Allah Subhanahu Wa Ta'ala hadirkan kekasih-kekasih-Nya yang membawa risalah demi mencapai kehidupan yang harmoni didunia dan akhirat.

Nabi Muhammad shalallahu 'alaihi wasallam bersabda:
“Wahai sekalian wanita, sesungguhnya yang paling baik diantara kalian akan memasuki Syurga sebelum orang yang paling baik di antara lelaki. Mereka akan mandi, dan memakai minyak wangi dan menyambut suami-suami diatas keledai-keledai merah dan kuning. Bersama mereka anak-anak kecil, mereka seperti batu permata yang berkilau”

Bahkan Rasulullah bersabda:
“Sampaikan-lah kepada seluruh wanita yang kamu jumpai, bahwasanya: “Taat kepada suami dengan penuh kesadaran, maka pahalanya seimbang dengan pahala perang membela agama Allah, tetapi sedikit sekali dari kamu sekalian yang mau menjalankannya”




(a). Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari pada 70 orang wali, seoarang wanita yang jahat lebih buruk dari pada 1.000 orang lelaki yang jahat.

(b). Isteri yang melihat suaminya dengan kasih-sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang maka Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmat.

(c). Seorang wanita yang menyusui anaknya hingga cukup tempoh yaitu 2 ½ tahun, maka malaikat-malaikat di langit akan mengkhabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

(d). Sungguh burung-burung diudara , ikan-ikan dilautan dan malaikat dilangit meminta keampunan untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya selama ia sentiasa dalam kerelaan suaminya.

(e). Siapa saja isteri yang meninggal dunia, sedang suaminya ridha terhadap kepergiannya, maka ia akan masuk syurga.

(f). Bila seorang suami pulang kerumah dengan perasaan gelisah, dan isterinya menghiburnya maka isterinya akan mendapatkan pahala jihad.

(g). Bila seorang wanita, mengerjakan dan menjaga solatnya, berpuasa pada bulan ramadhan, menjaga amanah suaminya dan mentaati suaminya, Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan memberikan izin padanya untuk memasuki syurga melalui pintu mana saja yang disukainya.

(h). Bila seorang wanita hamil shalat dua rakaat adalah lebih baik dari pada 80 rakaat wanita yang tidak hamil.

(i). Bila seorang wanita tidak dapat tidur kerana sakit dan menyusukan anaknya, Allah Subhahu Wa Ta'ala akan mengampuni seluruh dosa-dosanya dan mendapatkan pahala 12 tahun ibadah.

(j). Bila seorang wanita menyapu rumahnya dengan berzikir maka Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan memberikan pahala meyapu Ka’bah.

(k). Bila seorang wanita hamil , sehingga dia melahirkan anaknya, Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan memberikan pahala sebagaimana ia berpuasa pada siang hari dan shalat sepanjang malam.

(l). Bila seorang wanita meninggal diantara 40 hari setelah melahirkan anaknya, ia mendapatkan pahala syahid.

(m). Bila seorang wanita mendorong suaminya keluar rumah (Jihad) dijalan Allah Subhanahu Wa Ta'ala, dan dia dapat menerima dengan ikhlas segala kesulitan yang disebabkan ketidaan suaminya, maka ia akan memasuki syurga 500 tahun lebih dulu dari suaminya. Dan 70.000 malaikat akan menyambutnya , dan ia akan menantikan suaminya di syurga.

(n). Bila seorang anak menangis di malam hari, dan ibunya tidak marah tetapi memmujuknya, ia akan mendapatkan pahala satu tahun Ibadah.

(o). Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah Subhanahu Wa Ta'ala di akhirat, tetapi Allah datang sendiri kepada wanita yang menjaga auratnya, yaitu memakai purdah didunia secara istiqomah.


Begitu mudahnya seorang wanita mendapatkan keredhaan Allah Subhanahu Wa Ta'ala mana kala dia taat kepada suaminya , tentunya ketaatan disini dalam batasan-batasan Agama , kerana mana kala seorang suami sudah melanggari apa yang digariskan Agama maka tidak ada lagi ketaatan bagi seorang wanita. Kerana:
“Tidak ada ketaatan kepada mahluk yang menderhakai AL-Khalik”

Syekh Ibarahim Ali mengatakan:
“Seorang wanita jika sudah dominan dalam kehidupan lelaki, maka ia akan menjadi buah hati dan ruhnya. Bahkan akan menjadi segenap badan dan perasaan lelaki. Semua tindakan kebaikan atau kejahatan yang dilakukan oleh seorang lelaki, kerana dorongan wanita. Fikiran dan Amal para wanita muslimah akan ikut serta berhembus dengan angin, mengalir dengan air, menyatu dengan tanah, tanpa memerlukan kenderaan untuk membawanya, tanpa memerlukan tenaga untuk mengangkutnya.
Kebaikan yang akan merebak atau kejahatan..…?
Semua itu tergantung kepada Amalan para wanita.


Dalam buku Ya binti waya ibnii , Ali Atthonthowi menulis :

“Wahai puteriku, pintu kebaikan ada di ha dapan-mu. Kunci pintu itu ada ditangan-mu. Jika engkau meyakininya dan engkau berusaha memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah dan menjadi baik.
Engkau benar puteri-ku, bahawa kaum pemuda-lah yang pertama melangkah menempuh jalan dosa, bukan wanita, tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaan-mu dan tanpa kelunakan sikap-mu, mereka tidak akan berkeras melangkah maju”


Sekarang sudah jelas deng an apa dan bagaimana seharusnya kita bersikap, wanita akan mejadi baik ketika para suami dapat mengarahkan wanita kearah kebaikan, selama dari pihak para suami tidak mempunyai keinginan kearah tersebut maka segala bentuk perbaikan akan sia-sia...

semoga bermanfaat


Waallahu A'lam bishshawab..

“Wassalamu'alaikum warohmatullahi wabarokatuh”

Artikel Terkait:

Syukron Sudah Share Artikel :

+ comments + 1 comments

Post a Comment

mohon tidak melakukan spam

klik suka pada halaman facebook kami